Aqilah Nadhirah dilantik Pengerusi MYBERITA baharu

KUALA LUMPUR — MYBERITA hari ini dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Aqilah Nadhirah sebagai Pengerusi baharu organisasi itu berkuat kuasa 1 Julai 2025, menggantikan Nazmi Hakimi Mohd Eirman yang menamatkan kontraknya selepas lebih enam tahun menerajui agensi berita digital berkenaan.

Aqilah, yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarang Berita dan Hal Ehwal Semasa MYBERITA pernah mengetuai beberapa portfolio utama termasuk bahagian editorial dan pembangunan kandungan digital, dilihat sebagai calon paling sesuai meneruskan momentum kepimpinan sedia ada.

Pelantikannya diumumkan secara rasmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MYBERITA pada Isnin, sekali gus menandakan era baharu buat agensi tersebut yang kini sedang giat memperluas capaian serta pengaruhnya di Malaysia.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh MYBERITA. Fokus saya adalah untuk memastikan MYBERITA terus kekal sebagai platform berita digital yang dipercayai, tangkas dan inklusif, terutama dalam landskap media yang pantas berubah,” kata Aqilah.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam dunia kewartawanan digital, Aqilah dikenali dalam kalangan warga kerja sebagai pemimpin progresif yang lantang memperjuangkan nilai integriti, ketepatan maklumat dan kelestarian etika kewartawanan.

Beliau juga merupakan antara pengasas awal inisiatif MYBERITA untuk mewujudkan sebuah platform latihan bagi wartawan pelatih.

Nazmi Hakimi dalam pada itu turut merakamkan ucapan tahniah kepada penggantinya dan berharap legasi kecemerlangan yang dibina selama ini dapat diteruskan dengan lebih segar dan inklusif.

“Aqilah adalah antara aset paling berharga yang pernah saya bekerjasama. Beliau mempunyai wawasan, disiplin dan karisma untuk membawa MYBERITA ke tahap lebih tinggi,” kata Nazmi.

Sementara itu, MYBERITA turut mengumumkan pelantikan Islah Canrose Abdul sebagai Timbalan Pengarang (Berita dan Operasi). Islah, yang sebelum ini mengetuai meja berita hiburan, merupakan individu penting di sebalik kejayaan beberapa laporan berita berkaitan industri seni tanah air.

BACA JUGA:  \"Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna\" - PM Anwar

Manakala, Adam Hafiz Ahmad kekal menerajui posisi sebagai Ketua (Pengarang Berita dan Hal Ehwal Semasa), meneruskan tugasnya menyelia keseluruhan operasi bilik berita, liputan lapangan serta pengurusan kandungan semasa MYBERITA.

Dengan kombinasi tenaga kepimpinan baharu dan berpengalaman ini, MYBERITA dijangka dapat terus berkembang sebagai antara organisasi berita digital terkemuka di Malaysia dan rantau ini, selaras dengan visinya untuk menjadi suara rakyat yang bebas, tepat dan berwibawa.

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...