Ahmad Zahid akui silap berucap, mohon maaf perumpamaan libatkan malaikat

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui berlaku kekhilafan dalam kenyataannya yang mengandungi perumpamaan melibatkan malaikat seperti yang tular menerusi sebuah video baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, kenyataan tersebut diucapkan dalam suasana penuh emosi ketika menjelaskan tekanan yang dihadapi sepanjang memegang amanah sebagai Presiden UMNO.

“Namun saya akui, perbandingan tersebut telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Ahmad Zahid berkata, sebagai seorang Muslim dan pemimpin parti yang menjunjung tinggi nilai serta prinsip Islam, beliau dengan rendah hati memohon ampun kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran itu.

“Saya menerima setiap teguran dengan hati terbuka. Saya percaya, nilai seorang pemimpin bukan hanya terletak pada ketepatan tutur katanya tetapi juga pada keikhlasannya untuk menginsafi, memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar semua pihak sentiasa dibimbing Allah SWT supaya beradab dalam percakapan, terpelihara akidah dan berpaut teguh kepada kebenaran yang hakiki.

Video kenyataan beliau sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan tokoh agama yang menyuarakan kebimbangan terhadap penggunaan perumpamaan yang dianggap tidak wajar dan mengelirukan.

BACA JUGA:  ‘Kantoi’ bawa sos dan mayonis belum bayar, remaja tular disiasat
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...