Anwar Ibrahim ucap selamat ulang tahun ke-100 buat Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang genap usia seabad.

Ucapan penuh penghargaan dan doa itu dikongsikan Anwar menerusi satu hantaran di media sosial, sambil mendoakan kesejahteraan buat negarawan tersebut.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna,” katanya.

Anwar turut mengagumi gaya hidup sihat dan sumbangan berterusan Dr Mahathir yang menurutnya menjadi teladan buat negara yang semakin menua, namun tetap penuh harapan.

“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, insya-Allah,” tambah beliau.

Dr Mahathir yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, mencatat sejarah sebagai satu-satunya tokoh yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Beliau mula memegang jawatan Perdana Menteri keempat Malaysia pada Julai 1981 selama 22 tahun, menjadikannya pemimpin paling lama berkhidmat dalam sejarah negara dan Asia Tenggara.

Dr Mahathir mengundurkan diri pada 31 Oktober 2003, namun kembali mengejutkan negara apabila kembali sebagai Perdana Menteri ketujuh pada tahun 2018 ketika berusia 93 tahun, menjadikannya pemimpin tertua di dunia ketika itu.

Ulang tahun ke-100 beliau pada hari ini mendapat perhatian ramai, termasuk pemimpin negara dan rakyat yang mengenang sumbangan besar beliau kepada pembangunan Malaysia.

BACA JUGA:  Mekyun selesai lapor polis \'grup\' FB menjijikkan, harap ibu bapa, orang ramai peka
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...