Lelaki maut dalam kemalangan, mempunyai empat rekod jenayah

KONGSI

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Kilometer 2.8, Jalan Pantai, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan berpusing beberapa kali.

\”Ia kemudiannya merempuh tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) hingga patah, sebelum melanggar pagar pejabat TNB Port Dickson.

ARTIKEL BERKAITAN