Pempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai

MUAR – Seorang pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau lebih mesra disapa Ija Nizaruddin, dikhuatiri lemas selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam Sungai Kampung Tui, berhampiran Jambatan Kampung Kecil di Jalan Bukit Kepong, Johor pada Isnin lalu.

Mangsa yang memandu sebuah Perodua Axia dilaporkan keluar dari kediamannya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru sekitar jam 12 tengah hari dengan tujuan ke bengkel rakannya di Parit Jawa. Beliau sempat berhubung dengan keluarganya sehingga jam 4 petang, sebelum gagal dihubungi selepas itu.

Bimbang dengan kehilangan tersebut, ahli keluarga menggunakan sistem GPS untuk menjejak lokasi terakhir dan mendapati kedudukan terakhir kenderaannya berada di sekitar Jalan Bukit Kepong-Labis.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penguasa Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang hari Selasa.

“Seramai tujuh anggota dari BBP Pagoh dan BBP Muar digerakkan ke lokasi bersama satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, maklumat awal daripada pihak polis menyatakan kemalangan dipercayai berlaku pada hari Isnin dan mangsa yang hilang itu merupakan pemandu kenderaan terbabit.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan di lokasi kejadian dengan tumpuan pencarian di dasar sungai dan kawasan sekitar.

Orang ramai diminta untuk tidak mendekati kawasan operasi dan memberikan laluan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Keluarga mangsa turut memohon doa orang ramai agar mangsa segera ditemui dengan selamat.

BACA JUGA:  Enam beranak dijumpai lemas dalam kejadian tragis
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...