Stadium USM meriah dengan gaya \’Harry Potter\’, lebih 500 atlet sertai TOT48

GEORGE TOWN – Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM) bergema malam tadi apabila lebih 500 atlet dan penyokong berhimpun dalam suasana penuh gemilang sempena Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Kali Ke-48 yang merupakan acara sukan berprestij kemuncak tahunan universiti.

Temasya anjuran Pusat Sukan dan Rekreasi, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPA) itu disambut meriah dengan tema Harry Potter, menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan peserta dan kontinjen bertanding.

\"6\"

Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, berkata, beliau menegaskan kepentingan sukan sebagai medium pembangunan pelajar.

“Gunakan platform terbaik ini untuk mencungkil bakat-bakat baharu, mengeratkan silaturahim antara kita semua, serta semarakkan semangat kesukanan yang sihat. Inilah erti sebenar tema kita kali ini, ‘Together on Track’,” katanya.

Sebanyak 14 kontinjen mengambil bahagian, terdiri daripada 9 kontinjen desasiswa, 4 kontinjen staf dan 1 kontinjen alumni, dengan penglibatan menyeluruh dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Pusat Perubatan USM Bertam.

\"5\"

Acara pembukaan yang berlangsung seawal jam 8.00 malam itu menyaksikan perbarisan penuh warna-warni dan gimik kreatif setiap kontinjen, sebelum disusuli bacaan ikrar temasya oleh Saudara Ammar Syahmi Zamrin, Kapten Pasukan Olahraga TOT Ke-47. Sorakan semangat pasukan dan pertunjukan bunga api menambahkan lagi kehangatan malam pembukaan.

Turut hadir memberikan sokongan ialah barisan kepimpinan tertinggi universiti, termasuk Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, Pengarah Kampus Kesihatan, Prof. Dr. Shaiful Bahari Ismail, dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Azlan Amran.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola TOT Ke-48, Saudara Ahmed Fariss Amran, pula berkata pemilihan tema bertemakan dunia magikal Harry Potter bukan sekadar untuk gaya, tetapi membawa simbolik mendalam.

BACA JUGA:  Aaron-Wooi Yik gagal lepasi pusingan pertama di Terbuka Jepun

“Jubah konvokesyen USM yang mirip dengan jubah Hogwarts menjadi simbol keilmuan, maruah, dan semangat perjuangan warga kampus — baik dalam akademik mahupun sukan,” ujarnya ketika ditemui.

Temasya Olahraga Tahunan USM Ke-48 akan berlangsung selama tiga hari dan bakal menjadi medan utama pemilihan atlet untuk mewakili universiti ke peringkat kebangsaan.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...