Papan tanda penuh ‘sticker’, tindakan tegas jika vandalisme dikesan semasa rondaan – JPJ 

BANGI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menjalinkan kerjasama strategik dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menangani isu vandalisme melibatkan papan tanda jalan di sempadan negeri Perak.

Papan tanda yang menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah ditutup dengan pelekat oleh pihak tidak dikenali, sekali gus menimbulkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya serta menjejaskan imej kawasan pelancongan berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, meskipun isu papan tanda bukan di bawah bidang kuasa JPJ secara langsung, namun pihaknya tetap komited membantu dari sudut penguatkuasaan undang-undang sekiranya perlu.

“Vandalisme bukan bidang kuasa JPJ kerana kami lebih tertumpu kepada penguatkuasaan peraturan jalan raya. Namun, jika semasa rondaan kami mengesan perbuatan itu sedang berlaku, kita boleh bertindak menahan pelaku,” katanya.

Menurut beliau, JPJ Pahang telah diarah untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama MDCH dan JKR bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 yang diadakan di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu tular di media sosial berhubung papan tanda yang ditutup pelekat di Jalan Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Perak, Aedy Fadly menjelaskan bahawa setakat ini hanya satu papan tanda dikenal pasti menjadi sasaran.

Katanya, kerja-kerja penggantian dan pemulihan terhadap papan tanda itu telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan komitmen JPJ dalam menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menerusi penganjuran HKJPJ 2025, yang julung kali diadakan selepas lebih tiga dekad.

“JPJ adalah agensi kerajaan yang proaktif melaksanakan program ANMS dan Hari Keluarga ini merupakan satu lagi inisiatif ke arah keseimbangan hidup dan kerja. Ia memberi ruang kepada warga JPJ untuk terlibat dalam aktiviti sihat dan riadah bersama keluarga,” katanya.

Tambah beliau, pihak pengurusan tertinggi JPJ sedang meneliti cadangan untuk menjadikan HKJPJ sebagai acara dwitahunan, bergantung kepada sambutan dan kesediaan anggota.

BACA JUGA:  "Mungkin sarjan sahaja jadi panglima" - Agong

Program HKJPJ 2025 juga merupakan kesinambungan kepada acara sukan JPJ selama tiga hari yang berakhir malam tadi.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Diesel kekal, RON95 naik 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...

Peminat sejak 2003, lebih 500 peminat teruja dapat jumpa Mesut Ozil dekat Penang

GEORGE TOWN - Lebih 500 peminat bola sepak tidak...

Pengorbanan ulang-alik 700km demi keluarga setiap minggu bertukar tragedi 

KUALA LUMPUR – Rutin seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia...

Derma organ selepas meninggal dunia, bakti terakhir Allahyarham Syukri Bazli 

KUALA LUMPUR – Pemergian Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31,...

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...