Kerajaan komited perkasa pendidikan, digitalisasi komuniti desa di Sabah – Ahmad Zahid

LAHAD DATU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa masyarakat desa, khususnya di Sabah, menerusi pelbagai inisiatif pendidikan awal, digital dan pembangunan sahsiah yang lebih inklusif serta menyeluruh.

Beliau berkata, sebanyak 42 inisiatif pemerkasaan desa telah diperkenalkan sepanjang tahun ini oleh Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) yang merangkumi pembangunan literasi digital, pendidikan awal serta penguasaan kemahiran masa depan.

“Inisiatif seperti Smart Classroom, Pra-Tahfiz, TVET Tahfiz dan Tabika Tunas Istimewa merupakan antara langkah konkrit bagi membuka ruang pendidikan yang adil dan digital kepada anak-anak desa, termasuk di Sabah yang kaya dengan budaya serta potensi luar biasa,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa MADANI @ Lahad Datu yang dianjurkan KEMAS Negeri Sabah, pagi tadi.

Menurut beliau, pendekatan yang dibawa kerajaan hari ini tidak lagi melihat masyarakat desa sebagai kelompok pinggiran, sebaliknya mengangkat mereka sebagai pemacu utama pembangunan negara.

“Sabah adalah rakan strategik dalam pembinaan masa depan Malaysia. Kita perlu pastikan anak-anak kita membesar dengan jati diri yang kukuh serta mempunyai peluang pendidikan dan pembangunan yang adil,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja KEMAS Negeri Sabah, kepimpinan tempatan dan komuniti desa yang telah menjayakan program berimpak tinggi ini.

“Insya-Allah, segala usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih saksama dan menyeluruh untuk rakyat, khususnya di Sabah,” katanya lagi.

BACA JUGA:  Pegawai penyiasat kes Zara Qairina didapati langgar SOP
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...