Sean ‘Diddy’ Combs dipenjara sehingga Oktober

NEW YORK – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Sean ‘Diddy’ Combs, akan terus ditahan sehingga tarikh hukuman pada awal Oktober selepas Mahkamah di New York menolak permohonan jaminannya, lapor media tempatan pada Isnin.

Menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa), pasukan pembelaan Combs sebelum ini memohon agar beliau dibebaskan dari Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn dengan alasan anak guam mereka tidak berisiko melarikan diri atau mengancam keselamatan awam.

Mereka turut menawarkan pakej jaminan bernilai AS$50 juta (sekitar RM234 juta) untuk membolehkan Combs menjalani tahanan rumah sementara menunggu tarikh hukuman.

Namun begitu, hakim memutuskan untuk menolak permohonan itu, seperti mana permohonan serupa yang pernah ditolak sebelum ini.

Combs, 55, sebelum ini didapati bersalah atas sebahagian daripada pertuduhan dalam satu perbicaraan berprofil tinggi yang bermula selepas penahanannya pada September tahun lalu atas pelbagai pertuduhan kesalahan seksual.

Juri hanya mensabitkan beliau atas kesalahan berkaitan pelacuran, manakala beliau dibebaskan daripada pertuduhan yang lebih berat.

Combs kini berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dengan mahkamah menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh hukuman.

Jika disabitkan atas semua pertuduhan asal, beliau boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pendakwa raya dalam kes tersebut menuduh Combs mendera, memaksa serta mengugut beberapa wanita sepanjang tempoh bertahun-tahun demi memenuhi kehendak seksualnya.

Sepanjang perbicaraan, beberapa saksi tampil memberikan keterangan mengenai penderaan seksual dan fizikal yang dialami mereka, mengukuhkan lagi pendakwaan terhadap bintang rap itu.

BACA JUGA:  Ibu didakwa \'jual\' anak sendiri untuk eksploitasi seks
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...