[VIDEO] Sambut hari lahir di Parlimen, Nancy Shukri teruja dapat tahu rahsia ‘BASS’

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun kelahiran Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri semalam menjadi lebih istimewa apabila beliau menerima satu ‘hadiah’ yang cukup bermakna iaitu mengetahui rahsia di sebalik nama ‘BASS’.

Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh Nancy menerusi akaun TikTok miliknya, memaparkan suasana mesra dan ceria ketika majlis sambutan kecil-kecilan diadakan di sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen.

@nancyshukri_ Surprise Birthday menjadi! 🎂 Katanya ada meeting dengan team saya. Masuk saja office Parlimen tak sangka mereka dah ready cake Alhamdulillah, special betul ulang tahun kali ni disambut bersama mereka yang telah menjadi teman dalam setiap langkah perjalanan ini 🥰🫶🏻 Ps: Hadiah birthday harini saya dapat tahu rahsia BASS 😆 @Syed Saddiq @Hanifah Hajar Taib @Datuk Hajah Rubiah Wang @Ahmad Zahid Hamidi @Dr Noraini Ahmad #fyp #BASS #birthday #NancyShukri ♬ original sound – NancyShukri

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan rapat beliau dalam arena politik, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Alhamdulillah, istimewa betul kali ini sambut dengan mereka yang menjadi teman dalam setiap langkah ini,” tulis Nancy dalam kapsyen videonya.

Namun, yang paling mencuri perhatian adalah kapsyen di hujung video tersebut.

“Hadiah hari jadi hari ini, dapat tahu rahsia BASS.”

Kapsyen itu menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan netizen, memandangkan Nancy tidak menjelaskan secara terperinci apakah sebenarnya maksud ‘BASS’.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memuat naik satu hantaran di Instagram sebagai tanda penghargaan kepada Nancy yang disifatkannya sebagai mentor dan individu yang memberi peluang kepadanya ketika masih bergelar mahasiswa.

BACA JUGA:  Pernikahan Marissa Dania, Ahmad Aslam disahkan mahkamah hari ini

“Ianya satu penghormatan untuk berkhidmat dengan anda. Saya masih berada di universiti dan kamu beri saya peluang.

“Sesetengah kenangan memang tak dapat dilupakan dan bekerja dengan anda adalah salah satunya,” katanya.

Menambahkan lagi kemeriahan momen tersebut, video turut memaparkan detik Syed Saddiq membisikkan sesuatu di telinga Nancy sambil disambut gelak tawa para tetamu lain, mencerminkan hubungan yang akrab dan penuh penghargaan antara mereka.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...