Suspek hempuk bapa hingga mati positif dadah, tujuh rekod jenayah

KUALA KRAI – Lelaki yang disyaki memukul bapanya dengan kerusi kayu sehingga maut di Kampung Kuala Gris, di sini, disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, suspek berusia 39 tahun itu adalah bekas banduan Penjara Satelit Batu Jong dan baru dibebaskan awal bulan lalu selepas menjalani hukuman berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semakan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan dua lagi membabitkan kes ugutan jenayah. Dia kini tinggal bersama ibu bapanya selepas dibebaskan dari penjara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mazlan, polis berjaya menahan suspek dan merampas serpihan kerusi kayu yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Krai esok untuk permohonan reman,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas, Othman Jusoh, 74, maut akibat dipukul dengan kerusi kayu oleh anaknya sendiri ketika sedang menunaikan solat Subuh di rumah mereka sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

BACA JUGA:  “Seronok ke gelakkan orang bela mangsa?,” Caprice ‘tanya’ Tun Laila
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...