KUALA LUMPUR â Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Astro sekali lagi melancarkan kempen ikoniknya, #InilahKita, kali ini dengan tema baharu âSehati Bersamaâ yang menekankan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Thai Kam Leong, berkata bahawa tema tahun ini bertujuan membangkitkan kembali nilai-nilai murni yang menyatukan rakyat, terutama dalam era digital masa kini yang semakin dominan.
âKempen ini adalah percubaan untuk menggambarkan apa sebenarnya maksud perpaduan dan semangat bersama. Kita hidup dalam masyarakat yang banyak berinteraksi melalui skrin dan media sosial, dan kadang-kadang kita terlupa bagaimana rasanya berhubung secara nyata dan menjalani pengalaman bersama yang mampu menyatukan kita,â ujarnya.
Menurutnya, pelbagai kandungan menarik bakal disajikan sepanjang kempen, termasuk tiga video cerita baharu, lagu-lagu patriotik, serta acara fizikal berskala besar seperti Jelajah Kita FM, InilahKita Showcase, dan Kita Run yang mengajak rakyat turun padang menyemarakkan semangat patriotik.
Antara acara kemuncak ialah Pameran InilahKita yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis popular tanah air yang akan beraksi secara langsung dan bertemu peminat.
Turut diumumkan, Bas Kita FM akan menjelajah ke seluruh negara bermula 1 September hingga sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang, membawa selebriti dan bakat Astro untuk bersiaran secara langsung bersama peminat buat kali pertama.
Selain itu, Astro turut memperkenalkan saluran khas KITA Channel yang bakal menayangkan lebih 50 program baharu serta ratusan kandungan istimewa yang dikurasi khas sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.
âKami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam pelbagai program ini, sebagai simbol penyatuan dan kebanggaan bersama sebagai rakyat Malaysia,â kata Thai Kam Leong.
Dengan gabungan hiburan, interaksi masyarakat dan kandungan patriotik, kempen #InilahKita âSehati Bersamaâdijangka menjadi salah satu inisiatif perpaduan terbesar sempena bulan kebangsaan tahun ini.

