[VIDEO] Oyen ‘join’ raptai JPAM curi tumpuan netizen

KUALA LUMPUR – Bukan sahaja anggota Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang mencuri perhatian ketika raptai sambutan Hari Kebangsaan, malah seekor kucing berwarna oren putih juga berjaya menjadi ‘bintang’ tidak rasmi acara itu.

Momen lucu dan mencuit hati itu dirakam pengguna TikTok, er.ni, yang berkongsi gelagat kucing berkenaan sehingga meraih ribuan tontonan dan komen daripada netizen.

@_er..ni_ Mempersembahkan!!… . . . Oyen mewakili Angkatan Pencinta Anakbul Malaysia 🇲🇾 Menyalaaaaaaa Oyen 🔥@officialapm #merdeka #malaysiakumerdeka #perbarisanmerdeka2025 #angkatanpertahananawammalaysia #oyen ♬ original sound – ˏˋ°•*⁀➷ 𝓔𝓝 🕊 .⋆

Kucing yang mesra dipanggil ‘Oyen’ itu dilihat begitu tenang duduk di atas bot rasmi bersama anggota JPAM lengkap beruniform biru, seolah-olah turut serta dalam raptai berkenaan.

Gelagat ‘Oyen’ itu nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

“Muka dia confident lain macam,” usik @Firz_7.

“Comel betul, kalau kucing aku dah melompat sana sini,” tulis @Izzieamri.

“Bayangkan kalau ada sekumpulan Oyen, mesti kelam-kabut atas bot tu,” kata pula @Cik Nurul sambil ketawa.

Tidak hairanlah, kehadiran ‘Oyen’ spontan itu menjadi warna-warni tambahan dalam persiapan Hari Kebangsaan, sekaligus menceriakan suasana raptai rasmi JPAM.

BACA JUGA:  Semua pemegang MyKad 18 tahun ke atas terima RM100 seorang
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...