Wisma Putra bantu mangsa serangan api di Bangkok

KUALA LUMPUR – Wisma Putra sedang memberikan bantuan berterusan kepada dua rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden di Jalan Ratchadamri, Bangkok, pada 7 Ogos lalu.

Menurut kenyataan hari ini, kedua-dua mangsa sedang dirawat di hospital berasingan dengan pegawai konsular Kedutaan Malaysia di Bangkok memantau rapat keadaan mereka.

“Kedutaan juga berhubung rapat dengan pasukan perubatan dan membantu urusan perjalanan ahli keluarga terdekat mangsa yang dijangka tiba di Bangkok hari ini,” jelas kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan dua pelancong Malaysia cedera parah selepas disimbah cecair thinner dari belakang dan dibakar oleh seorang lelaki menganggur ketika mereka duduk di tangga berhampiran sebuah pusat beli-belah, kira-kira jam 10 malam Khamis lalu.

Pihak berkuasa Thailand kini menjalankan siasatan penuh berhubung kejadian tersebut. Wisma Putra menegaskan keyakinan terhadap proses siasatan yang telus dan menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan keluarga mangsa akan menerima bantuan kedutaan sebaik tiba di Bangkok.

Mengenai suspek, beliau berkata pihak polis Thailand memaklumkan lelaki berkenaan mengalami kemurungan dan ditahan ketika cuba melarikan diri. Suspek kini berada dalam tahanan polis Thailand.

BACA JUGA:  Ejen Ali The Movie 2 raih RM34.2 juta dalam 11 hari tayang
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...