Ringkasan fakta utama kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menerusi sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan awal mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah.

“Beliau berkata, terdapat kegagalan dalam prosedur siasatan apabila pegawai penyiasat tidak mengemukakan permohonan untuk menjalankan bedah siasat. Bagaimanapun, wujud dokumen rasmi ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat’ yang ditandatangani oleh ibu mangsa, pegawai penyiasat, doktor patologi dan pihak hospital”.

Menurutnya, bedah siasat yang dilaksanakan pada 10 Ogos oleh empat pakar patologi mengesahkan kecederaan otak berpunca daripada insiden jatuh. Pada 12 Ogos, hasil perbincangan antara polis dan Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa inkues perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian secara menyeluruh.

Pasukan khas (task force) turut meneliti kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes tersebut. Setakat ini, sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka berkaitan penyebaran maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan.

“Keterangan saksi yang diambil juga menunjukkan terdapat unsur buli sebelum kejadian. Polis telah merekodkan keterangan daripada 82 individu termasuk pelajar, dan beberapa daripadanya dipanggil semula untuk siasatan lanjut”.

“Setakat ini, polis mengesahkan tiada bukti yang mengaitkan mana-mana individu berstatus VVIP dengan kes ini,” katanya.

BACA JUGA:  Pempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...