PM Anwar beri bayangan pengumuman penting menjelang Belanjawan 2026

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan membuat pengumuman yang dianggap jauh lebih besar pada pembentangan Belanjawan 2026, Oktober ini.

Ucapan tersebut mencetuskan sorakan dan tepukan gemuruh daripada ribuan penjawat awam yang menghadiri majlis berkenaan, selepas beliau terlebih dahulu mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan itu.

“Ada pengumuman jauh lebih penting, itu pada hari belanjawan Oktober nanti, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.

Mengikut jadual yang diumumkan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025. Proses penyediaannya melibatkan libat urus meluas bersama pelbagai pihak termasuk orang awam, bagi memastikan input yang dikumpul selari dengan hala tuju Ekonomi Madani.

Belanjawan 2026 bakal mengekalkan tumpuan kepada tiga teras utama Ekonomi Madani — meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, memperkukuh taraf hidup rakyat serta memperhebat pembaharuan dan tadbir urus berkesan.

Selain itu, ia menjadi belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang merangkumi tempoh 2026 hingga 2030, dengan penekanan terhadap kesinambungan dasar dan agenda pembangunan negara.

BACA JUGA:  ASEAN 2025: Malaysia Terima Pujian AS
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...