Arwah ibu peluk Islam sebelum meninggal, anak mohon bantuan sunting gambar bertudung

KUALA LUMPUR – Sebuah hantaran menyentuh hati di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang wanita berbangsa India memohon bantuan warganet untuk menyunting gambar arwah ibunya agar kelihatan bertudung, sebagai tanda penghormatan terakhir terhadap penghijrahan ibunya memeluk agama Islam.

Wanita tersebut, Thilaga Vathy, berkongsi kisah itu menerusi kumpulan Facebook “Edit Apa Hari Ini”, memaklumkan bahawa ibunya sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sehari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Salam. Gambar ini arwah mak saya yang meninggal sehari lepas mengucap syahadah. Pagi subuh arwah dah kembali kepada Allah.

“Diminta boleh edit (sunting) gambar berpakaian cara Islam dan bertudung,” tulis Thilaga dalam hantaran tersebut.

Meskipun hanya seketika memeluk agama Islam, permintaan itu jelas mencerminkan rasa cinta dan hormat mendalam terhadap penghijrahan terakhir ibunya, yang kini telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Hantaran berkenaan pantas meraih ribuan reaksi serta komen simpati daripada warga maya yang turut menawarkan diri untuk menyunting gambar arwah ibunya agar kelihatan berpakaian sopan serta menutup aurat.

“Allahuakbar. Suci bersih bagaikan bayi baru lahir sempat ucap syahadah sebelum tutup mata. Cantik perjalanan dia,” kata Nor Fauzana.

“Cantik arwah mak awak bertudung. Moga berada di taman syurga,” komen seorang lagi pengguna, Hairi.

“Alhamdulillah, moga arwah mak diberi tempat yang baik di sisi Allah. Indahnya pengakhiran begini,” tulis Syakirah pula.

Kisah ini bukan sahaja memaparkan keindahan penghijrahan terakhir seorang insan, malah menyerlahkan nilai kasih sayang dan penghormatan seorang anak terhadap ibunya yang telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan beriman.

BACA JUGA:  Giant turunkan harga beras lepas isu tular
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...