Anthony Loke tolak cadangan bina LRT rentas laut ke Langkawi

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk membina laluan transit aliran ringan (LRT) atau transit aliran massa (MRT) dari tanah besar ke Pulau Langkawi kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi dan dianggap tidak praktikal.

Menurut beliau, cadangan membina laluan rel rentas laut dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ke Langkawi sejauh 30 hingga 50 kilometer adalah tidak munasabah dari segi kewangan dan keperluan.

“Nak buat LRT dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis ke Langkawi itu tidak begitu masuk akal. Bayangkan nak bina jambatan rel sepanjang 30 kilometer dari Kuala Perlis ke Langkawi, itu sudah tentu memerlukan perbelanjaan besar,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Loke berkata demikian sebagai maklum balas terhadap cadangan Ahli Parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah (PN), yang sebelum ini mencadangkan pembinaan laluan LRT atau MRT ke pulau pelancongan itu.

Sebaliknya, kerajaan kini memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan laut sebagai alternatif yang lebih realistik dan berdaya maju.

“Kita sedang meneliti pengenalan feri yang lebih moden dan selesa bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi,” katanya.

Cadangan asal pembinaan LRT ke Langkawi telah dikemukakan pada September 2023, namun ditolak oleh pihak kementerian atas alasan yang sama.

BACA JUGA:  Tren RTS baharu Johor-Singapura diperkenalkan
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...