‘Ni last B… ya Allah’, isteri sempat ambil gambar terakhir suami sebelum meninggal dunia

ROMPIN – Kesedihan menyelubungi seorang wanita apabila tidak menyangka gambar yang dirakamnya menjadi detik terakhir bersama suami tercinta yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Instagram menggunakan nama @nourwahida__, beliau berkongsi gambar suaminya dengan kapsyen menyentuh hati.

“yang yang ambik gambar b cepat.. ni last b.. yaAllah…”

Dalam hantaran sama, beliau turut memuat naik gambar ketika mengiringi jenazah suaminya.

“bu ikut b ni.. b kan tak suke sorang2.. apa2 semua nak bu teman kan.”

MYBERITA sebelum ini melaporkan seorang peserta Himpunan RXZ Members 7.0, Muhd Syukri atau lebih dikenali sebagai Ah Beng, maut dalam nahas kemalangan di Keratong.

Allahyarham, 30-an, yang merupakan seorang pegawai bank berasal dari Chembong, Rembau, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.

Menurut maklumat awal, jenazah dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke kampung halaman di Rembau bagi urusan pengebumian.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung punca kemalangan tersebut.

Berita pemergian Allahyarham turut mendapat perhatian di media sosial, apabila rakan-rakan serta kenalan menzahirkan rasa sedih dan takziah kepada keluarga mangsa.

BACA JUGA:  Bapa tiri Haqimi Azim meninggal dunia
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...