Isnin | 12/10/2026 | 6:46:20 am
HomeBelasungkawaIbu pelakon Adam Corrie meninggal dunia

Ibu pelakon Adam Corrie meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa dukacita selepas memaklumkan pemergian ibu tercinta menerusi satu ciapan yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Dalam hantaran ringkas namun sarat emosi itu, Adam berkongsi bahawa beliau berdepan kehilangan besar dan perlu menangguhkan semua urusan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada pengurusan jenazah mendiang ibunya.

“Dengan hati yang berat, saya Adam Corrie memaklumkan bahawa ibu tercinta saya telah pergi buat selama-lamanya. Buat sementara waktu ini, segala urusan terpaksa saya tangguhkan bagi memberi ruang sepenuhnya kepada urusan pemergian mendiang ibu saya. Saya mohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas segala doa dan sokongan semua,” katanya.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|