Kerajaan tidak halang perhimpunan aman di luar parlimen

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan bahawa mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan Parlimen tidak akan dihalang, namun perlu menyelaraskan perkara itu dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendirian tersebut adalah keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas isu itu dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen serta Jemaah Menteri.

Menurut beliau, Perdana Menteri menolak cadangan supaya perhimpunan aman hanya dibenarkan di Padang Merbok, sebaliknya memberi jaminan bahawa perhimpunan boleh diadakan di hadapan Parlimen dengan syarat ia teratur dan terkawal.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa berhimpun di hadapan Parlimen tidak harus dihalang. Apa yang diminta hanyalah memastikan aspek laluan terkawal agar tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk Ahli Parlimen.

“Boleh berhimpun di depan Parlimen, tidak menjadi masalah. Cuma aspek keselamatan dan kawalan lalu lintas perlu diberikan keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kerajaan mengambil maklum kejadian dalam perhimpunan aman baru-baru ini apabila beberapa Ahli Parlimen dan Menteri terperangkap dalam kesesakan lebih sejam akibat kurang penyelarasan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, penyelarasan awal dengan pihak berkuasa adalah penting agar hak berhimpun secara aman dapat dipelihara tanpa menjejaskan kelancaran urusan Parlimen.

BACA JUGA:  Malaysia, Turkiye sepakat perjuang keamanan Palestin
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...