Program sekolah angkat Madani capai 1,000 sekolah seluruh negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Program Sekolah Angkat Madani, yang merupakan inisiatif cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mencatat pencapaian membanggakan apabila jumlah sekolah angkat mencecah 1,000 buah di seluruh negara.

Bermula dengan sasaran awal sebanyak 300 sekolah, program tersebut berkembang pesat hasil sokongan lebih 117 buah peneraju industri dan syarikat korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Madani hari ini, Anwar melahirkan penghargaan terhadap komitmen luar biasa pihak industri dalam mendukung usaha pendidikan negara.

“Saya berharap sokongan syarikat korporat ini bukan hanya sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR), tetapi lahir daripada rasa belas ihsan dan kesedaran untuk melengkapi kemudahan sekolah, terutama di kawasan pinggir bandar,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa untuk merealisasikan wawasan Ekonomi Madani, sistem pendidikan negara perlu melalui reformasi menyeluruh bagi menyediakan fasiliti bertaraf dunia kepada pelajar dan tenaga pengajar.

Menurut Anwar, selain bantuan kewangan, rakan korporat Sekolah Angkat Madani juga akan menyumbang kepakaran serta sumber manusia bagi mempertingkatkan mutu sekolah yang mereka angkat, sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

Program ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh pendidikan nasional melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai negara Madani.

BACA JUGA:  Trump umum RM47 bilion untuk Gaza, negara teluk turut hulur lebih RM33 bilion
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...