“Peserta nak jadi model perlu ada ilmu, bukan rupa saja” – Islah Abdul

PUTRAJAYA – Pengarah drama dan filem yang juga juri uji bakat pencarian model ST Fashion Show Festival yang akan berlangsung akhir September, Islah Abdul, menegaskan bahawa setiap peserta yang hadir perlu membuat persediaan rapi dan mempunyai ilmu asas sebelum melangkah ke pentas.

Menurutnya, dunia fesyen bukan sekadar tentang penampilan semata-mata, tetapi juga memerlukan keyakinan dan kefahaman tentang industri.

“Peserta perlu buat persediaan dan perlu ada ilmu. Bila naik ke pentas, juri boleh nampak sama ada mereka benar-benar serius atau sekadar mahu cuba-cuba. Ilmu asas tentang gaya, catwalk dan personaliti sangat membantu,” katanya ketika ditemui MYBERITA semasa pencarian bakat model dan lakonan di Hotel Park Inn, di sini hari ini.

Islah berkata, uji bakat sebegini menjadi pintu masuk penting buat anak muda yang mahu terjun dalam bidang hiburan dan fesyen.

“Kita nak lihat bakat baharu, tapi pada masa sama kita juga harap mereka bawa kesungguhan. Kalau betul-betul bersedia, peluang mereka untuk menonjol lebih tinggi,” jelasnya.

Dalam sesi uji bakat yang berlangsung selama dua hari ini, beberapa peserta mengakui berdepan rasa gementar termasuk tampil berani mencuba nasib walaupun datang dari pelbagai latar belakang.

Islah menambah, industri fesyen tempatan kini semakin berkembang dengan ramai pereka muda muncul, maka peserta juga harus memandang serius perjalanan mereka sekiranya mahu kekal relevan.

“Bakat tanpa ilmu tak cukup. Kita perlukan keseimbangan antara rupa, bakat, keyakinan dan pengetahuan. Itu yang akan membezakan seseorang model,” katanya lagi.

BACA JUGA:  Ariel Fesol korbankan kerjaya penerbangan, kejar impian dalam dunia seni
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...