Khairul Aming, Angeline Tan antara penerima Anugerah Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR – Pencipta kandungan digital, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman, 33, antara penerima Anugerah Maulidur Rasul kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025M yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Selain Khairul Amin, pelakon terkenal Angeline Tan, 58, atau nama Islam Ardini Angeline Tan, turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf) pada majlis sama.

Bagi kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah, anugerah disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang, 77, manakala Kategori Wira Negara diberikan kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba, Ismail Abdul Ghani, 58.

Dalam kategori belia pula, Pegawai Khas (Hal Ehwal Islam) Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Dayang Nur’ Maisarrah Abang Abdul Razak, 27, menerima Kategori Belia Harapan, manakala Kategori Pengkarya/Inovator Kreatif dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin, 41.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima pada majlis berprestij itu.

Majlis yang penuh bermakna ini turut menekankan usaha mengiktiraf sumbangan individu dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan, dakwah, kreativiti, dan kepimpinan, selaras dengan semangat Maulidur Rasul SAW.

BACA JUGA:  Harimau Malaya semakin garang, ranking dunia melonjak ke-123
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...