Sharifah Shahirah akui cabaran didik anak era media sosial

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menyifatkan media sosial menjadi cabaran besar dalam mendidik anak-anak generasi baharu, termasuk anaknya, Audra atau mesra disapa Odda, yang aktif berkongsi kehidupan peribadi di platform digital.

Menurut Shahirah, 51, meskipun ada ketika dia berasa kurang selesa dengan keterbukaan anaknya, dia tetap memilih pendekatan memahami kerana menyedari bahawa dunia digital sudah sebati dengan kehidupan remaja masa kini.

“Ini generasi baharu punya ‘permainan’. Mereka suka berkongsi segalanya di media sosial, berbeza dengan zaman kita dulu. Jadi, sebagai ibu, saya lebih suka bercakap dengan baik, menegur bila perlu dan berbincang kalau nampak keterlaluan,” katanya.

Menariknya, Shahirah mengakui wujud keadaan di mana netizen lebih mengenali Audra berbanding dirinya, sekali gus menggambarkan pengaruh besar media sosial terhadap pembentukan identiti remaja hari ini.

Bagi Audra sendiri, membesar dalam keluarga selebriti tidak pernah membuatkannya terbeban untuk berkongsi kisah peribadi. Malah, dia sudah terbiasa dengan budaya digital sejak kecil.

“Saya dah mula kongsi macam-macam di media sosial sejak umur lima tahun lagi, jadi sekarang ia sudah jadi kebiasaan. Saya ikut sahaja gerak hati bila nak kongsi sesuatu,” jelasnya.

Perbezaan pandangan antara ibu dan anak ini mencerminkan realiti ramai ibu bapa hari ini, berdepan dilema bagaimana untuk mengimbangi kebebasan anak menggunakan media sosial dengan nilai serta batas yang wajar dijaga.

BACA JUGA:  Kesalahan langgar lampu isyarat catat rekod tertinggi semasa operasi Aidiladha - JPJ Negeri Sembilan
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...