Enggan ke sekolah, remaja buat laporan palsu konon diculik

SHAH ALAM – Polis menafikan dakwaan tular berhubung cubaan culik seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu membuat laporan palsu kononnya dia cuba diculik ketika berjalan kaki ke sekolah.

“Hasil siasatan mendapati remaja berkenaan memberitahu perkara itu kepada bapanya berusia 37 tahun sebelum hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk membuat laporan.

“Namun ketika soal siasat dijalankan, pelajar itu akhirnya mengaku laporan yang dibuat tidak benar. Dia mereka cerita itu kerana tidak mahu ke sekolah selepas kasutnya terkena najis kucing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, susulan pengakuan itu, polis tidak meneruskan siasatan lanjut terhadap remaja berkenaan kerana masih bersekolah, namun amaran keras sudah diberikan kepada pelajar terbabit dan bapanya.

Katanya, bapa remaja itu juga membuat penarikan semula laporan polis.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat laporan palsu kerana ia adalah kesalahan serius dan boleh disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, mesej mendakwa seorang pelajar cuba diculik ketika berjalan ke sekolah tular di aplikasi WhatsApp sebelum polis mengesahkan ia tidak benar.

BACA JUGA:  Lebih 15,000 jemaah sertai Solat Aidilfitri bersama Sultan Selangor
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...