Inkues: Zara Qairina sumpah ‘wallahi’ nafikan tuduhan curi

Kota Kinabalu – Inkues kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar hari ini mendengar keterangan bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sempat menafikan tuduhan mencuri sebelum kali terakhir dilihat menuju ke tandas asrama.

Saksi kelapan, Azahari Abd Sagap, 31, yang juga ketua warden asrama, berkata pada malam 16 Julai, seorang pelajar Tingkatan 1 membuat aduan kehilangan barang kepada ketua asrama.

“Selepas itu, Zara dipanggil dan ditanya sama ada dia mencuri barang-barang tersebut. Dia menafikannya dan bersumpah ‘wallahi’,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Azahari berkata, pelajar lain kemudian menggeledah lokar dan beg milik Zara Qairina, lalu menemui pin Jalur Gemilang kepunyaan ketua asrama.

“Sekali lagi, Zara menafikan mengambilnya. Selepas itu, dia meninggalkan bilik dalam keadaan menangis sambil menjerit, ‘aku tidak mencuri bah, bodoh’. Saya diberitahu perkara ini oleh seorang pelajar Tingkatan 1,” katanya.

Menurutnya, Zara Qairina dilihat menuju ke tandas selepas insiden itu dan tidak lagi kelihatan oleh rakan-rakan sebiliknya.

Beliau berkata, pada keesokan harinya, pelajar tersebut ditemukan terjatuh di asrama sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Azahari turut mengesahkan menerima salinan pengakuan bertulis daripada lima pelajar asrama berhubung kejadian malam berkenaan.

Inkues kematian Zara Qairina masih diteruskan.

BACA JUGA:  Bedah siasat sahkan Zara Qairina alami kecederaan otak teruk akibat jatuh
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...