Video mesra dua gadis bertudung tular, netizen dakwa pasangan sejenis

KUALA LUMPUR – Sebuah video di TikTok yang memaparkan kemesraan dua gadis bertudung mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Rakaman aksi mereka berpelukan di hadapan cermin serta gambar cium pipi yang tersebar menimbulkan spekulasi bahawa mereka adalah pasangan sejenis.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, berkongsi semula video berkenaan di Instagram miliknya.

“Dunia makin pelik. Kalau nak jadi jahat tolong la jangan libatkan atau sebut Allah.”

Tulisan tersebut dipercayai merujuk kepada salah seorang gadis terbabit yang sebelum ini menulis doa agar dipertemukan kembali di Jannah.

Namun, gadis berkenaan tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan. Menurutnya, rakannya itu hanyalah sahabat baik yang juga dianggap sebagai kakak sendiri kerana sudah lama menjadi anak angkat kepada ibunya.

“Keluarga tahu hubungan kami. Saya panggil dia sayang atau wifey sebab ia sekadar gelaran mesra. Malah, ibu saya sendiri suka video itu,” katanya.

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Caprice yang disifatkan tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum memuat naik video tersebut.

“Ia bersifat fitnah. Saya harap Caprice turunkan video itu. Tak semestinya artis boleh cakap apa saja tentang orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, ramai netizen tampil memberikan sokongan moral kepada gadis terbabit selain menasihati agar lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial supaya tidak menimbulkan salah faham.

BACA JUGA:  Sri Pahang sah tarik diri daripada Liga Super musim 2025/2026
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...