23 rakyat Malaysia selamat berlepas pulang – Mohamad

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan kesemua 23 rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan di Israel telah selamat berlepas pulang menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Ramon Airport, Israel, sebentar tadi.

Menurut Mohamad Hasan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara serta Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbulakan menguruskan penginapan sementara kumpulan tersebut di Istanbul sebelum mereka dijadualkan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Syukur alhamdulillah… Kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan telah pun berlepas sebentar tadi menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Ramon Airport, Israel,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial beliau hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan atas usaha diplomatik yang membawa kepada pembebasan semua rakyat Malaysia itu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan TYT Recep Erdogan, Presiden Turkiye,” tambah beliau.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa langkah-langkah terakhir telah diambil untuk membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang ditahan di Israel, hasil rundingan diplomatik antara Malaysia, Turkiye dan beberapa pihak antarabangsa lain.

BACA JUGA:  Kedutaan Malaysia nasihat rakyat elak sempadan Thailand-Kemboja
Azim Arsad
Azim Arsad
azim@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...