APM pasang papan tanda amaran kehadiran ubur-ubur di Pantai Chenang

LANGKAWI – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memasang papan tanda amaran di beberapa lokasi sekitar Pantai Chenang bagi mengingatkan orang ramai tentang kehadiran ubur-ubur, susulan cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan sejak minggu lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, pemasangan papan tanda itu dilakukan sejak Khamis lalu sebagai langkah keselamatan tambahan kepada pengunjung, khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

“Faktor ribut yang melanda Pantai Chenang baru-baru ini juga mungkin menjadi punca kemunculan ubur-ubur kotak di kawasan pantai,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 22 kes sengatan ubur-ubur direkodkan, manakala kes terbaru melibatkan ubur-ubur kotak merupakan satu-satunya kes yang dilaporkan pada bulan ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa anggota penyelamat pantai APM akan meningkatkan rondaan selain membuat hebahan berkala kepada pengunjung bagi memastikan mereka sentiasa berwaspada dengan risiko sengatan.

Mengulas lanjut, Khairul Afzan berkata, kes melibatkan ubur-ubur kotak yang meragut nyawa seorang kanak-kanak warga Russia baru-baru ini merupakan kejadian pertama membabitkan spesies tersebut di kawasan itu.

Tahun lalu, menara penyelamat Pantai Chenang merekodkan 47 kes sengatan ubur-ubur, namun tiada kes membabitkan ubur-ubur kotak.

Tinjauan di Pantai Chenang mendapati kawasan itu masih dikunjungi pelancong meskipun cuaca mendung dengan kehadiran anggota APM yang melakukan pemantauan rapi.

BACA JUGA:  Ribut petir landa Kuala Lumpur, Putrajaya sehingga 5 petang – MetMalaysia
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...