Ribut petir dijangka landa 13 negeri sehingga 7 malam – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 13 negeri di seluruh negara sehingga jam 7 malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, antara negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selangor pula dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Johor tidak terkecuali dengan amaran yang membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing, manakala cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri-negeri lain yang turut terjejas termasuk, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Sarawak  dan Sabah.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk berwaspada, menghentikan sebarang aktiviti luar ketika cuaca buruk dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui saluran rasmi mereka.

BACA JUGA:  Zahid arah semakan segera skim gaji 13,344 pendidik Kemas
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...