JPN Kedah ambil tindakan gantung, buang pelajar terlibat pergaduhan

SUNGAI PETANI – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil tindakan tegas menggantung dan membuang pelajar yang didapati bersalah dalam insiden pergaduhan di sebuah sekolah baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, JPN menegaskan pihaknya memandang serius kejadian yang melibatkan sekumpulan pelajar dan tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa.

“Pihak sekolah juga telah menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh. Hukuman gantung dan buang sekolah dikenakan ke atas murid yang terbabit,” kata kenyataan itu.

JPN Kedah menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan, dan salah laku murid.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemui pengsan dengan kecederaan lebam di badan dipercayai dibelasah empat rakannya pada Isnin lalu. Mangsa berusia 16 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah pada pukul 9 pagi oleh seorang guru sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi mendapatkan rawatan.

Majistret Mahkamah Sungai Petani, Nor Fazlina Musa, membenarkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan, manakala tiga pelajar lain dibebaskan.

JPN Kedah menegaskan bahawa mereka akan terus memantau dan mengambil tindakan tegas bagi memastikan keselamatan dan disiplin di sekolah terjaga.

BACA JUGA:  Lapan pelajar KV ditahan susulan gaduh sebab 'que' waktu makan
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...