Negeri Sembilan paling teruk terjejas Ribut Tropika Senyar

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan direkodkan sebagai negeri paling terkesan akibat Ribut Tropika Senyar apabila mencatatkan jumlah insiden pokok tumbang tertinggi selepas fenomena itu melanda pantai barat Semenanjung Malaysia awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata berdasarkan statistik panggilan kecemasan yang diterima, negeri itu turut mencatatkan kejadian runtuhan tanah, kerosakan struktur, serta banjir di dua lokasi berasingan.

“Enam negeri berada dalam jajaran Ribut Tropika Senyar iaitu Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan merekodkan insiden paling serius dengan 33 kes pokok tumbang, satu kejadian runtuhan struktur dan dua lokasi banjir, manakala negeri lain berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Integriti JBPM 2025 di Ayer Keroh, hari ini.

Menurut beliau, Melaka mencatatkan lapan kes pokok tumbang, Selangor lima kes serta dua kejadian banjir, Putrajaya dua kes, dan Perak satu kes. Kuala Lumpur dilaporkan tidak mengalami sebarang kemalangan berkaitan ribut tersebut.

Nor Hisham turut memaklumkan satu kematian melibatkan seorang penunggang motosikal yang melanggar pokok tumbang di Negeri Sembilan pada pagi tadi. Beliau menegaskan, walaupun ribut telah melemah dan diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah, risiko pokok tumbang dan tanah runtuh masih tinggi akibat hujan lebat sebelum ini yang melembutkan tanah.

“Justeru, kami menyeru semua agensi berkaitan untuk segera mengambil tindakan memulihkan kawasan berisiko, manakala orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan melalui atau berada di kawasan berpokok,” jelasnya.

BACA JUGA:  “Hidup mesti bermasyarakat” – Sulaiman Md Ali
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...