PRN Sabah: SPR jangka keputusan penuh diketahui tengah malam ini

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam ini, bergantung kepada kelancaran proses pengiraan undi di seluruh negeri.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata keputusan awal bagaimanapun dijangka boleh diterima mulai pukul 10 malam, hasil laporan awal dari pusat-pusat pengiraan undi.

“Kita menjangkakan keputusan awal boleh terima sekitar pukul 10 malam. Manakala semua keputusan kita boleh terima pukul 12 tengah malam,” katanya pada sidang media di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang, hari ini.

Ramlan turut menjelaskan bahawa SPR telah menggerakkan pelbagai aset logistik termasuk helikopter di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan proses membawa peti undi dari kawasan pulau dan pedalaman berjalan lancar.

Menurut beliau, peti undi dari kawasan berkenaan dijangka tiba lebih awal berikutan PDM ditutup seawal 12 tengah hari, membolehkan urusan pengiraan diteruskan tanpa kelewatan.

Dalam perkembangan sama, Ramlan berkata pihaknya menjangkakan kadar keluar mengundi PRN17 Sabah sekitar 60 peratus, iaitu sedikit rendah berbanding 65 peratus pada pilihan raya negeri terdahulu. Katanya, faktor cuaca tidak menentu menjadi antara punca utama jangkaan penurunan peratusan itu.

BACA JUGA:  Wanita warga China tarik tudung, tolak kepala pegawai imigresen KLIA hingga cedera
Adam Radzi
Adam Radzi
adamradzi@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...