Shamsul Iskandar, Albert Tei direman enam hari bantu siasatan SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei, ditahan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fatin Muneerah Sofian bermula hari ini sehingga Jumaat depan. Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan menawarkan atau memberi suapan kepada pegawai awam.

Shamsul Iskandar, ketika ditemui bersama peguamnya, Yusmadi Yusoff, berkata mahkamah mengambil kira tahap kesihatannya sebelum menetapkan tempoh reman. Beliau memaklumkan anak guamnya sedang mengikuti rawatan berkala bagi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dan semua laporan perubatan telah dibekalkan kepada mahkamah.

“Alhamdulillah, anak guam saya sihat. Malam tadi, beliau diberi peluang mendapatkan rawatan. Saya berterima kasih dengan kerjasama pihak SPRM kepada anak guam saya. Insya-Allah kebenaran akan terserlah,” kata Yusmadi.

Beliau juga memohon agar sesi permohonan reman dijalankan secara berasingan bagi kedua-dua suspek.

Sementara itu, peguam Albert Tei, Mahajoth Singh, mengesahkan perintah reman itu ketika ditemui di mahkamah. Kedua-dua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya sekitar pukul 9 pagi tadi bagi mendapatkan permohonan reman.

BACA JUGA:  Afdlin tak malu dengan gelaran pelawak
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...