Kanak-kanak comel jadi penyeri sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Senyuman manis dan tawa riang anak-anak kecil yang tampil dengan busana bertemakan Jalur Gemilang menjadi antara tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya.

Seawal jam 1 pagi, terdapat keluarga dari Hulu Selangor sanggup bertolak demi memastikan anak-anak berusia empat, tujuh dan lapan tahun dapat menyaksikan perarakan bersejarah itu dan mereka juga sanggup menaiki bas ulang-alik (shuttle) sambil membawa beg kecil berisi pakaian patriotik yang sudah disiapkan sejak malam sebelumnya.

Tidak ketinggalan juga, sebuah keluarga dari Johor Bahru tiba sekitar jam 2 pagi bersama anak-anak berusia 10 dan 5 tahun yang tetap teruja meskipun perlu berjalan jauh dari kawasan parkir berhampiran masjid.

“Ini kali pertama kami datang ke Putrajaya. Saya mahu anak-anak lihat sendiri aset negara dan cintakan tanah air. Saya berharap Malaysia terus maju seperti nenek moyang dahulu mempertahankan negara,” kata seorang bapa ketika ditemui MYBERITA

Sementara itu, sebuah keluarga dari Ampang menjadikan sambutan di Putrajaya sebagai rutin tahunan meskipun perlu bertolak seawal jam 3 pagi sambil menolak wagon berisi anak-anak berusia lima, empat dan dua tahun.

“Setiap tahun kami datang. Anak-anak paling teruja bila tengok polis, bomba dan jet terbang,” ujar seorang ibu dengan senyuman.

Bagi keluarga dari Putrajaya pula, sambutan kali ini lebih bermakna apabila anak mereka yang kini di Tahun Tiga tampil mengenakan busana Jalur Gemilang yang pernah memenangi pertandingan pakaian beragam di sekolah.

Turut mencuri perhatian juga ialah keluarga muda dari Ampang yang hadir tepat jam 8 pagi berpakaian seragam bertemakan Jalur Gemilang bersama tiga anak kecil berusia empat, tiga dan setahun.

“Ini kali pertama kami bawa anak-anak ke Putrajaya. Mereka sangat teruja untuk bangun pagi.

“Harapan saya, Malaysia tabah menghadapi cabaran, terus berjaya dan cemerlang. Malaysia boleh! Selamat Hari Merdeka!” katanya penuh bersemangat.

Sorakan orang ramai, keceriaan anak-anak memperagakan pakaian patriotik, serta wajah penuh bangga ibu bapa jelas menghidupkan suasana meriah di Dataran Putrajaya.

BACA JUGA:  Melaka, Pahang catat IPU tidak sihat, enam kawasan terjejas

Kehadiran si cilik bukan sekadar penyeri, malah bukti semangat cinta akan negara yang wajar disemai sejak kecil.

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...