Adami Hairi raih pengiktirafan graduan ILDAS, bukti usaha tanpa jemu di sebalik kerjaya seni

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Adami Hairi dikenali menerusi lagu popular Sayang Saya Tak kini melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya menerima sijil graduasi Fardhu Ain selepas berjaya menamatkan pengajian di Institut Latihan Islam Dakwah Negeri Selangor (ILDAS) di bawah Kolej Pengajian Tinggi Islam (KPTI).

Majlis graduasi yang berlangsung baru-baru ini menghimpunkan lebih 100 graduan, termasuk Adami yang tetap komited meneruskan pengajian meskipun berdepan kesibukan kerjaya dan jadual harian yang padat.

Di media sosial, ramai memuji kesungguhan anak muda itu yang memilih untuk terus menimba ilmu agama walaupun aktif dalam dunia seni.

Tambahnya komitmen terhadap ilmu tidak pernah pudar dalam dirinya.

“Walaupun jadual saya kadang-kadang terlalu padat, usaha untuk belajar itu saya tak pernah lunturkan. Alhamdulillah, saya ada dorongan daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang sentiasa beri semangat,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa kejayaan dalam pendidikan boleh dicapai walaupun seseorang bergiat aktif dalam kerjaya lain, asalkan minat dan disiplin terus dipegang teguh.

Adami turut berharap pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada anak muda lain agar tidak berhenti mengejar ilmu, terutama ilmu asas agama yang menjadi bekalan penting dalam kehidupan.

BACA JUGA:  AC Mizal tekankan pendidikan Anti Buli, kongsi pengalaman anak jadi mangsa
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...