ASFA Marshals FC rai kejayaan, hargai pencapaian ‘player’ Sekolah Sultan Alam Shah

PUTRAJAYA – Komitmen dan kejayaan para pemain bola sepak Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) terus diraikan apabila ASFA Marshals FC menganjurkan Majlis Makan Malam ASFA Marshals SAS di Le Méridien Putrajaya, sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian atlet muda sepanjang musim pertandingan.

Pengerusi ASFA Marshals FC, Rosli Abu Bakar, berkata penganjuran majlis itu menjadi acara tahunan bagi mengiktiraf usaha para pemain yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai kejohanan disertai.

Beliau menegaskan, pencapaian itu mencerminkan disiplin, daya saing dan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan pemain muda SAS yang sentiasa konsisten menunjukkan prestasi terbaik.

“Penghargaan ini diadakan sebagai motivasi kepada pemain untuk terus meningkatkan prestasi serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar,” katanya ketika ditemui MYBERITA, di sini malam tadi.

Majlis tersebut turut menyampaikan penghargaan kepada pemain yang menonjol dalam aspek peningkatan prestasi, kepimpinan serta sumbangan signifikan di pentas pertandingan peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan.

Menurut Rosli, acara seperti ini memainkan peranan penting sebagai suntikan semangat kepada pemain untuk terus komited dalam mencapai kecemerlangan, sekali gus menjadi contoh kepada pelajar lain.

“Mereka bukan hanya mengharumkan nama sekolah, malah membina jati diri melalui sukan,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah pemain, jurulatih, ibu bapa, barisan pengurusan pasukan serta wakil media termasuk MYBERITA.

ASFA Marshals FC bersama Sekolah Sultan Alam Shah terus komited memperkasa sukan bola sepak sebagai platform pembangunan karakter dan kepimpinan generasi muda.

BACA JUGA:  Diganggu lelaki berbaju kuning, wanita terkejut dirakam secara rahsia
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...