KUALA LUMPUR – Kejadian seorang anak kucing yang dikurung di dalam kotak dan ditindih batu bata mengejutkan penduduk tempatan serta netizen, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai terhadap individu yang dipercayai melakukan perbuatan kejam itu.
Rakaman video yang dikongsi pengguna Threads, @Ch3kal, memaparkan usaha menyelamatkan anak kucing tersebut yang kelihatan lemah dan kelaparan.
Menurut perkongsian itu, anak kucing terbabit turut mengalami masalah kesihatan akibat buasir, dan telah dibawa ke klinik haiwan untuk rawatan.
“Apa salah binatang kecil ini sampai kau nak kurung macam ini sekali? Anak kucing ini hanya minta makanan. Kenapa tidak berkongsi sedikit rezeki yang ada?,” tulis seorang pengguna di hantaran itu.
Video dan perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyuarakan rasa simpati dan marah terhadap tindakan lelaki terbabit.
“Takkan jatuh miskin berkongsi makanan dengan haiwan.” Manakala @Ivylavigne_ menambah, “Dosa apa kucing itu buat pada dia sampai sanggup tutup dengan batu?,” tulis seorang pengguna.
Insiden ini menjadi peringatan kepada masyarakat mengenai pentingnya belas kasihan terhadap haiwan dan tanggungjawab menjaga makhluk yang lemah.

