Graduan ini bukan sekadar ‘first class’, kini ‘key player’ projek digital Johor

BATU PAHAT – Daripada seorang mahasiswa yang tekun di balik skrin komputer kepada tonggak muda di sebalik pembangunan platform digital untuk rakyat Johor, kejayaan graduan baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Arif Azinuddin, 23, membuktikan bahawa disiplin tinggi dan fokus akademik mampu membuka jalan besar dalam dunia teknologi.

Graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian itu, meraikan detik penuh bermakna apabila menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama serta menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UTHM ke-25 yang berlangsung pada 7 Disember lalu.

Pencapaian itu bukan sekadar simbol kejayaan akademik, sebaliknya mencerminkan perjalanan panjang yang dibina dengan komitmen tinggi sejak hari pertama bergelar mahasiswa.

Sepanjang tempoh pengajiannya, Arif merupakan penerima Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia, satu pengiktirafan berprestij yang dianugerahkan secara individu kepada pelajar cemerlang. Tajaan berkenaan menjadi bukti konsistensi kecemerlangan akademiknya sejak di peringkat sekolah menengah dan asasi, selain menjadi suntikan motivasi penting untuk mengekalkan prestasi terbaik di universiti.

Walaupun penglibatannya dalam aktiviti luar bilik kuliah adalah sederhana, pendekatan itu ternyata menjadi kekuatannya. Arif memilih untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap tugasan, kuiz, ujian, projek serta peperiksaan akhir, sekali gus memastikan prestasi akademik kekal cemerlang setiap semester.

Disiplin diri yang tinggi ini turut disokong oleh hubungan erat yang dibina bersama para pensyarah melalui interaksi berterusan bagi mendapatkan bimbingan akademik dan nasihat profesional, sekali gus membentuk kematangan beliau dalam bidang kejuruteraan perisian.

Komitmen terhadap pembelajaran juga diterjemahkan melalui penyertaan aktif dalam sesi pembelajaran berkumpulan bersama rakan seperjuangan, yang membantu meningkatkan kefahaman, perkongsian idea serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Lebih membanggakan, Arif kini melangkah lebih jauh apabila terlibat secara langsung sebagai antara ‘key player’ dalam pembangunan projek MyAduan Johor, sebuah platform digital yang dikawal selia oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, dan dijangka dilancarkan pada pertengahan tahun 2026.

BACA JUGA:  Umat Islam di Malaysia mula puasa pada Khamis, 19 Februari

Platform ini bertujuan memudahkan masyarakat Johor, khususnya penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kulai, untuk membuat aduan dengan lebih pantas serta menerima tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam projek berimpak tinggi itu, Arif terlibat dalam mereka bentuk aliran sistem aduan secara menyeluruh, menambah baik fungsi sistem, menyelaras aspek teknikal bersama pembangun sistem dan aplikasi, menyediakan dokumentasi teknikal, memastikan proses pengurusan aduan lebih cekap serta menjalankan pengujian sistem bagi menjamin kelancaran operasi.

“Teknologi merupakan pemangkin utama dalam memperkasa dan memudahkan kehidupan masyarakat. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbangkan idea serta kepakaran kepada masyarakat Johor menerusi projek MyAduan Johor, meskipun saya masih di peringkat awal dalam alam kerjaya,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Dengan gabungan pencapaian akademik yang kukuh, pengalaman latihan industri dalam membangunkan sistem dalaman operasi bagi Senai Airport, serta penglibatan dalam projek sebenar yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat, Arif kini bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam dunia profesional.

Graduan muda ini berhasrat untuk terus mengembangkan kepakaran dalam bidang kejuruteraan perisian dan menyumbang kepada agenda pembangunan digital negara, sekali gus membuktikan bahawa kejayaan akademik mampu diterjemahkan kepada impak nyata buat masyarakat.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...