[VIDEO] PMX naik ETS3 balik KL

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluahkan rasa syukur selepas dua hari menikmati lawatan santai bersama keluarga di negeri Johor, sambil menyelami khazanah sejarah dan budaya negeri selatan tanah air itu.

Turut menemani Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan mereka diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Afzar Zakariya.

“Alhamdulillah Johor, (selesai) melawat,” kata beliau ringkas ketika ditemui media sebelum berlepas pulang dari Stesen JB Sentral ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri dan keluarga tiba di JB Sentral pada pukul 3.27 petang sebelum dijadualkan menaiki perkhidmatan ETS pada pukul 4 petang. Beliau turut meluangkan masa berbual dan bergambar bersama pengunjung serta kakitangan di terminal berkenaan.

Lawatan santai Perdana Menteri di Johor Bahru bermula semalam, apabila beliau tiba kira-kira pukul 3.10 petang menggunakan perkhidmatan ETS yang sama. Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah melawat Zoo Johor bersama cucu-cucunya, beramah mesra dengan pengunjung serta menerima penerangan mengenai perkembangan semasa premis itu.

Beliau berharap agar zoo berkenaan terus diperkasakan sebagai aset rekreasi, pendidikan, dan warisan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar, yang menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor. Dalam hantaran di Facebook, Anwar memuji usaha Kerajaan Negeri Johor yang berterusan dalam menaik taraf aset warisan dan memperhebat tarikan pelancongan negeri, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026).

BACA JUGA:  Dua maut rentung dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra
Muqri Hafidz
Muqri Hafidz
muqri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...