Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP

SUBANG JAYA – Polis mengesan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia dipercayai terlibat dalam insiden membaling kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan dibuat oleh anggota polis pada pukul 1.37 pagi Isnin.

Katanya, video tersebut menunjukkan seorang lelaki memandu Perodua Axia berwarna merah dipercayai memberhentikan keretanya secara tiba-tiba sebelum membaling kon ke arah kenderaan lain ketika trafik sesak di plaza tol berkenaan.

“Semakan awal mendapati hantaran itu mendapat perhatian ramai di media sosial. Setakat ini, pemilik kereta yang terlibat masih belum tampil membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, insiden itu tular selepas polis mengesan satu hantaran video di Facebook bertajuk ‘Pemandu Axia Naik Hantu Baling Kon di Plaza Tol Petaling Jaya LDP’ pada Sabtu lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Mohammad Faiz Naufal Zakaria di talian 019-485 8907 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Tiga suspek bunuh penuntut universiti disambung reman tujuh hari lagi
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...