Caprice minta PDRM, SKMM siasat penyanyi lelaki promosi jual video lucah

KUALA LUMPUR – Selebriti dan aktivis sosial, Caprice, hari ini menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat seorang penyanyi lelaki yang didakwa mempromosikan dan menjual video lucah di platform media sosial.

Dalam beberapa posting di akaun Instagramnya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan bahawa promosi dan penjualan video lucah merupakan satu jenayah serius, lebih-lebih lagi apabila individu terbabit mempunyai pengikut muda termasuk pelajar sekolah.

“Promosi & jual video lucah adalah satu jenayah besar. Budak ni dah lah ramai followers budak sekolah. @pdrmsia_official dia yang letak link, admin yang jual. @skmm_mcmc @fahmifadzil.1”

“Sedap tak minum air mineral? @44airel dia promote link TT acc kedua… TT acc kedua promote Tele… dalam Tele Admin jual video biru. ✅️ @pdrmsia_official @fahmifadzil.1 @skmm_mcmc”

Tindakan Caprice itu hadir selepas tularnya video lucah yang didakwa mirip penyanyi lelaki berkenaan, yang sebelum ini dilaporkan MYBERITA. Dalam insiden sebelum ini, video berdurasi satu minit sembilan saat itu menimbulkan spekulasi dan reaksi pelbagai pihak, namun kesahihannya masih belum disahkan oleh pihak terbabit.

Tambah Caprice, pihak berkuasa perlu campur tangan bagi menghentikan penyebaran kandungan lucah, terutama kepada golongan muda dan bagi memastikan mereka yang terlibat diambil tindakan mengikut undang-undang.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh penyanyi lelaki berkenaan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan kandungan berunsur lucah yang boleh menyalahi undang-undang dan merosakkan reputasi individu.

BACA JUGA:  Dr Wan Azizah ziarah mangsa kebakaran paip gas
Muqri Hafidz
Muqri Hafidz
muqri@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...