Anak menangis nampak ‘monster’, Safwan Nazri dakwa ada ‘sesuatu’ ikut balik rumah

SHAH ALAM – Pengacara dan pelakon, Safwan Nazri mendedahkan kehidupannya tidak lagi sama sejak mengendalikan audio siar berunsur seram, Sembang Seram, apabila kerap berdepan gangguan misteri yang didakwa berlaku berulang kali selepas sesi rakaman.

Safwan atau nama sebenarnya Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 31, berkata pengalaman tersebut bukan sekadar kebetulan, sebaliknya turut memberi kesan kepada ahli keluarganya sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

“Kalau buat audio siar dengan tetamu yang membawa kisah sangat menyeramkan, memang akan ada kesan.

“Kalau ‘vibe’ tidak terlalu seram, biasanya tiada apa-apa. Tetapi jika balik rumah tanpa singgah masjid terlebih dahulu, memang akan ada gangguan,” katanya kepada MYBERITA.

Menurut bekas peserta Hero Remaja itu, antara gangguan paling menakutkan melibatkan anaknya sendiri yang tiba-tiba menangis tanpa sebab dan mendakwa melihat sesuatu yang mengerikan.

“Gangguannya memang di luar logik. Contohnya telefon tiba-tiba berbunyi sendiri, atau paling menakutkan anak menangis tanpa henti.

“Dia menangis berulang kali dan cakap nampak ‘monster’, padahal tiada apa-apa pun. Bayangkan empat hingga lima hari menangis tanpa henti, terutama waktu Maghrib hingga malam. Memang seram,” kongsinya pada sidang media Gempak Most Wanted Awards, malam tadi.

Bimbang keadaan semakin melarat, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapatkan pandangan seorang ustaz bagi mengetahui punca sebenar.

“Ustaz beritahu memang ada ‘sesuatu’ yang mengikut atau menumpang. Katanya kes seperti ini memang berlaku pada pengendali podcast seram.

“Kami ada langkah perlindungan sendiri seperti pendinding dan doa. Kalau rasa tidak sedap selepas rakaman, kami akan berehat dan singgah masjid terlebih dahulu.

“Setakat ini saya tidak pernah nampak secara berdepan. Saya juga tidak pernah mencabar atau meminta izin untuk berjumpa makhluk sebegitu. Saya tahu had diri dan memang penakut,” jelasnya.

Meskipun berdepan pelbagai pengalaman menyeramkan, pelakon drama Jendela Hati itu tetap memilih untuk meneruskan program audio siar tersebut atas faktor sokongan peminat dan sumber rezeki.

BACA JUGA:  Parut kekal jadi peringatan hidup – Nazim Othman

“Jumlah tontonan tinggi dan peminat sentiasa menyokong. Selain itu, ini juga punca rezeki.

“Ramai berkongsi rezeki di bawah ‘pokok’ yang sama. Kalau saya berhenti, bagaimana dengan rakan-rakan lain? Sebab itu saya teruskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Safwan turut mencipta kejayaan apabila merangkul trofi Program Digital Tergempak pada acara Gempak Most Wanted Awards yang berlangsung malam tadi.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...