Empat kekalahan berturut-turut, Nidzam Jamil letak jawatan ketua jurulatih Negeri Sembilan FC

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Nidzam Jamil sah meletakkan jawatan sebagai pengendali Negeri Sembilan FC berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi hambar pasukan itu dalam beberapa perlawanan terakhir.

Kelab berkenaan mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Nidzam pada Isnin.

Menurut kenyataan rasmi kelab, pihak pengurusan merakamkan penghargaan atas segala usaha serta komitmen yang telah diberikan beliau sejak menyertai pasukan pada awal musim ini.

Dalam perkembangan sama, penolong jurulatih K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih sementara bagi mengendalikan skuad sehingga pengumuman lanjut dibuat.

“Fokus utama kelab dan barisan kejurulatihan ketika ini adalah untuk mengembalikan kestabilan pasukan serta meningkatkan semangat pemain bagi menghadapi baki saingan musim,” menurut kenyataan itu.

Keputusan Nidzam untuk berundur hadir selepas Negeri Sembilan mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super Malaysia apabila tewas 2-1 kepada Immigration FC pada Sabtu lalu.

Prestasi semasa skuad Hobin Jang Hobin turut menjadi perhatian apabila mereka tidak mencatatkan sebarang kemenangan sejak menewaskan Kelantan FC 2-0 pada Disember tahun lalu.

Malah, cabaran Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia musim ini turut berakhir selepas disingkirkan Selangor FC di peringkat suku akhir menerusi kekalahan agregat 6-1.

Pengurusan kelab dijangka akan mengumumkan perancangan seterusnya dalam masa terdekat bagi memastikan pasukan kembali kompetitif dalam saingan liga.

BACA JUGA:  Syafiq Rahim, Izham Tarmizi dan Faizal Marlias tinggalkan JDT, 11 pemain dilepaskan Harimau Selatan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...