Selasa, 7 Julai 2026
spot_img
HiburanHanya pakai 'hoodie' dan kaca mata hitam, Adi Putra buat ramai cair

Hanya pakai ‘hoodie’ dan kaca mata hitam, Adi Putra buat ramai cair

KUALA LUMPUR – Nampaknya trend TikTok ‘Intinya Kacamata Mama Udahlah’ semakin menjadi-jadi apabila bukan sahaja netizen, malah selebriti turut sama terjebak mengikuti cabaran hangat dari Indonesia itu.

Pelakon terkenal, Adi Putra tidak ketinggalan berkongsi video pendek mengikut trend berkenaan dengan gaya tersendiri sambil mengenakan kaca mata hitam.

@adpadiputra Eh eh eh eh terjebak pulaaa 🤣 #ramadankareem ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Mengenakan hoodie dan tampil santai, gaya bintang filem Mat Kilau itu pantas mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya kagum dengan penampilannya yang tampak segar dan bergaya.

“Macam anak muda, tak dimakan usia,” antara komen yang membanjiri ruangan media sosial pelakon berusia 44 tahun itu, malah ada yang menyifatkannya masih kelihatan seperti dalam lingkungan usia 30-an.

Penampilan Adi sekali lagi membuktikan aura dan karismanya kekal utuh meskipun sudah lebih dua dekad berada dalam industri seni. Rahsia wajahnya yang awet muda pula terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Video berkenaan setakat artikel ini dtulis meraih 1.9 juta tontonan. – MYBERITA

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-