Rabu, 15 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Gaya HidupEskalator MRT Pasar Seni rosak, penumpang terpaksa ‘workout’ naik tangga

Eskalator MRT Pasar Seni rosak, penumpang terpaksa ‘workout’ naik tangga

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan MRT di Stesen Pasar Seni petang ini menghadapi kesukaran apabila semua eskalator di stesen berkenaan dilaporkan tidak berfungsi.

Situasi itu menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki menaiki tangga yang tinggi, sekali gus menimbulkan rungutan, terutamanya dalam kalangan mereka yang keletihan selepas pulang bekerja.

Keadaan bertambah mencabar kerana ia berlaku pada bulan Ramadan, ketika sebahagian penumpang sedang berpuasa.

Menerusi perkongsian tular di media sosial, seorang pengguna memaklumkan semua eskalator tidak dapat digunakan dan berharap orang ramai mengambil maklum keadaan berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa MRT belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca gangguan tersebut.

Penumpang dinasihatkan bersabar dan merancang perjalanan mereka dengan lebih awal bagi mengelak kesesakan di stesen berkenaan. – MYBERITA

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-