VM2026: Pelawat teruja masuk Malaysia terus rasa ‘vibe’ raya

LANGKAWI – Tourism Malaysia terus mempergiat usaha mempromosikan negara menerusi penganjuran sambutan Hari Raya Aidilfitri di sembilan lapangan terbang utama seluruh negara sempena Kempen Melawat Malaysia 2026.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man, penganjuran sambutan perayaan di pintu masuk negara merupakan antara pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tarikan Malaysia di mata dunia.

“Penganjuran sambutan seperti ini bukan sahaja mencerminkan keunikan budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia, malah memberi pengalaman pertama yang bermakna kepada pelawat sebaik sahaja mereka tiba di negara ini.

“Ia selari dengan aspirasi Kempen Melawat Malaysia 2026 untuk memperkukuh penjenamaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra, selamat dan kaya dengan warisan budaya,” katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini, hari ini.

Sambutan tersebut melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Para pelawat yang tiba disambut mesra dengan pemberian cenderamata serta dijemput menikmati juadah tradisional Aidilfitri, sekali gus mencerminkan hospitaliti Malaysia yang terkenal dengan konsep “Malaysia Truly Asia”. Program turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan Melayu bertemakan Aidilfitri serta kemunculan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja.

Penganjuran ini direalisasikan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, syarikat penerbangan, persatuan industri pelancongan serta rakan korporat seperti VANZO Asia Sdn. Bhd., KFC dan GrabCar Sdn. Bhd..

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dijangka menerima peningkatan ketibaan pelawat sempena Aidilfitri dengan anggaran empat penerbangan domestik dan antarabangsa melibatkan kira-kira 600 penumpang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan India.

Inisiatif berterusan di bawah VM2026 ini bukan sahaja memperkaya pengalaman pelawat, malah berpotensi menggalakkan kunjungan berulang serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat global.

BACA JUGA:  Kreativiti murid curi perhatian, PMX terharu terima kad ucapan Aidilfitri

Turut hadir, Pengarah MOTAC Negeri Kedah Mohd Shahril Harun, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan Tourism Malaysia Mohd Hanifa Mohd Taib, Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Tourism Malaysia Langkawi Alwi Shakir Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi Zulkifli Abdullah, serta Ketua Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi, Siti Nur Hadis Saad bersama wakil agensi kerajaan, industri pelancongan dan syarikat penerbangan.

Aliff Aiman
Aliff Aiman
alif@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...