Fenomena raya, ubat pencernaan antara barang paling laris

KUALA LUMPUR – Musim perayaan Hari Raya sering menjadi cabaran bagi sistem pencernaan ramai apabila juadah berat dan manisan menjadi santapan utama. 

Tidak hairanlah ubat-ubatan untuk pencernaan kini tersenarai antara barang paling laris, selepas ramai mengadu mengalami masalah perut sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menerusi satu hantaran pengguna di laman Threads, permintaan tinggi terhadap ubat-ubatan berkenaan menunjukkan ramai yang menghadapi gangguan kesihatan akibat kurang kawalan pemakanan semasa hari raya.

Beberapa pengguna mengakui mereka sudah “tewas” sejak hari raya pertama. 

“Saya tewas dari hari raya pertama lagi, sakit perut,” katanya.

Ramai juga yang berkongsi pengalaman tersendiri, termasuk mengalami kesakitan di tengah perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati pelbagai hidangan di rumah terbuka. 

View on Threads

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka menyediakan pelbagai jenis ubat bagi mengelakkan masalah lebih serius.

Kakitangan farmasi turut mengesahkan permintaan terhadap ubat seperti activated charcoal (pil arang) meningkat sehingga ada premis yang kehabisan stok. 

Orang ramai dinasihatkan supaya bersederhana dalam pemakanan semasa musim perayaan untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. -MYBERITA

BACA JUGA:  Sultan Brunei dimasukkan ke IJN - PM Anwar
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...