KUALA LUMPUR – Seorang anak kepada pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus mencuri perhatian warga maya apabila dilihat memberikan duit raya kepada kedua-dua ibu bapanya.
Menerusi rakaman tersebut, individu berkenaan dilihat mengagihkan sampul duit raya bersaiz luar biasa kepada kedua-dua ibu bapanya.
Gelagat bersahaja itu menarik perhatian orang ramai yang menyifatkannya sebagai momen menghiburkan serta menceriakan suasana perayaan.
Meninjau reaksi di media sosial, rata-rata pengguna teruja dan menganggap pemberian tersebut sebagai satu cara unik untuk berkongsi rezeki.
“Hari ini dalam sejarah, boleh masuk rekod dunia. Dapat sampul duit raya besar, mesti isinya juga besar,” kata seorang pengguna.
Ada juga yang berseloroh berharap dapat menerima sampul duit raya bersaiz sama.
Sementara itu, sebahagian lain mendoakan agar keluarga berkenaan terus dimurahkan rezeki, diberkati, dan sentiasa diberikan kebahagiaan. -MYBERITA

